Assalamualaikum and good night semua :) Tiba-tiba datang mood untuk mencoret di blog ini.. Maka beta baru pulang dari perjalanan yang agak panjang, Melaka-KL, KL-Melaka. Semua gara-gara iphone yang terpaksa di fix di Low yatt.
Okey, entri kali ni aku tertarik untuk menulis pasal kawin muda ni, atau pun cinta muda laa begitu. Bagi yang dilamun cinta, atau hangat bercinta termasuklah aku sendiri, mesti kamu pernah terfikir juga kan kahwin dengan pasangan kamu yang sekarang.. Siapa nda mahu hubungan yang berkekalan.. :)
Cinta ni compicated.. It's not about kasih sayang seja, masa-masa happy, masa-masa senang gembira. Bukan. Jangan buta menilai cinta.. Bukan aku mahu cakap aku ni hebat sangat sudah untuk bercakap pasal cinta. Tapi sekarang ni pun aku tengah melalui fasa yang sama dengan kamu semua. Di alam percintaan yang banyak cubaan nya..hehe..
First of all, kalau cinta setakat untuk happy baik lupakan sahaja.. Sebab masa susah nanti mungkin cinta tu akan hilang.. Masa ada perselisihan faham atau bergaduh, bukan BREAK cara yang terbaik sebab setiap masalah ada jalan penyelesaian nya kan.. Bila tiada duit, time-time kering, masa tu akan jadi much better kalau di lalui bersama-sama.. Susah senang kita bersama? Ni la masa untuk membuktikannya :)
BUKANNYA, time orang tiada duit, sana jua masih fikirkan diri sendiri, shopping sesuka hati. Excuse me? Pandai-pandai fikir laaa yaa.
Setia. Setia kalau sekadar di mulut, diamkan sahaja mulut itu. But at the end, still ada niat untuk 'JACK' lelaki lain. Bukan setia namanya itu sayang. Bila nanti kau rasa kau tidak pernah terfikir pasal lelaki lain dalam hidup kau melainkan dia, bila nanti berjauhan mana pun, dia tetap nombor 1 di hatimu, bila nanti dia tiada di sisimu bukanlah alasan untuk menduakan cinta,bila nanti sejuta mata memandangmu hanya sinarannya yang kau cari, masa itu barulah kau gelarkan dirimu setia. :)
Air vs api? Untuk memastikan hubungan tu moving smoothly, perlu banyak tolak ansur. Banyak bersabar, jangan mudah melatah. Bila seorang api, seorang haruslah beralah untuk jadi air. Penyejuk. Biasanya perempuan laa lebih manis untuk mengalah.. Bukan mahu cakap biar perempuan lemah, tapi memang sudah begitu sejak azalinya. Kita mengalah bukan sebab kita salah, tapi kita tabah untuk mengharungi semua tu. Hehe. Kamu ingat kalau dari sejak zaman bercinta lagi kamu memang 'pelawan', apa pandangan orang terhadap kamu? Ada ka lelaki yang suka perempuan yang suka melawan? So, berpada-padalalah. Mana yang salah, kita tegur dengan slowly. Sejuk hati boyfie kita dengar kan.
Kawin muda..... To tell you the truth, aku sekarang ni dalam mood untuk kahwin muda.. HAHAHA! Gatal kan? :D
Bukan apa, terbaca post-post orang pasal kahwin muda semasa belajar. Bestnya dorang. Beruntunglah kamu keluarga sporting begitu. Bukan mahu cakap family aku nda sporting, tapi dalam my family, belum ada yang kahwin muda begitu. So should I break the tradition? :DD
Best jaa dengar orang kahwin awal kan. Benda baik jangan di lengahkan. Yeahhh.. Haruslah sweet sudah kahwin nanti belajar di tempat yang sama. Tapi sudah ada penjaga yang official.. Awhh! Lebih-lebih lagi mereka yang belajar jauh dari family. :)
Well, jodoh itu rahsia Allah. Kita berdoa jaaa supaya dapat jodoh yang baik, yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar. Supaya kita dapat mencipta kasih suci yang berlandaskan agama Islam. Oh Indahnya! :)
Sampai nanti!
Lots of love,
MIJANASS





0 comments:
Post a Comment